Kampung Buku Malaysia Melaka telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 17 April 2007 dan merupakan satu-satunya kampung buku yang masih beroperasi di Malaysia. Kampung Buku Malaysia Melaka merupakan kampung buku yang ke-5 di Asia dan ke-33 di dunia ditubuhkan. Konsep Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah mengambil contoh daripada Kampung Buku Dunia yang terdapat di Jerman, Norway dan Wales tetapi ciri tempatan masih dikekalkan. Selain itu, telah diiktiraf oleh International Organisation Of Book Towns (IOB) dan Book Town Movement.
Sebanyak 15,000 buah buku yang terdapat di kampung buku sebagai bacaan, rujukan dan jualan. Semua buku-buku ini dibekalkan oleh 8 penerbit dengan mendapat sokongan tambahan daripada Kerajaan Negeri Melaka. Selain itu, kampung buku bertujuan sebagai rujukan dan pusat sumber yang menempatkan buku-buku dan bahan bacaan tentang Negeri Melaka. Ini juga termasuk buku yang ditulis oleh penulis yang berasal dari Negeri Melaka. Buku-buku ini disimpan dan dipaparkan di sudut khas iaitu “Anjung Karyawan Melaka” dan meliputi topik tentang sejarah, pelancongan, budaya, rekaan dan biografi.
Pada masa kini, Kampung Buku Melaka Malaysia dikendalikan oleh Perbadanan Hang Tuah Jaya yang merupakan syarikat milik kerajaan negeri sepenuhnya.




PESTA BUKU ANTARABANGSA MELAKA 2012
Pesta Baba Nyonya
Bengkel IT!
BOOK TALK
Erra Fazira Art Club
Learning English the Fun Way
THE HIKAYAT ABDULLAH
An Introduction to Mr. Richard Booth, MBE
Siri Kembara KBMM 2011 (3/02/2011 – 5/02/2011)