Pada 3/02/2011 hingga 5/02/2011 yang lalu, KBMM telah menjalankan satu lagi aktiviti promosi iaitu “Siri Kembara KBMM 2011″. Siri Kembara ini dijalankan sempena Tahun Baru Cina 2011 selama 3 hari bermula dari pukul 7.00 malam sehingga 1.00 pagi bertempat di Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) di Umbai, Melaka. Aktiviti Siri Kembara ini adalah kerjasama antara Nur Aflah Publishers iaitu penerbit yang bertapak di KBMM bersama Kampung Buku Malaysia, Melaka. Objektifnya ialah mengumumkan kepada masyarakat tentang kewujudan KBMM, fungsinya dan peranannya dan kemudahan yang didapati.
Pelbagai aktiviti pengisian telah dijalankan. Antaranya adalah seperti pengedaran flyers, pembukaan kaunter pertanyaan, promosi dan penjualan buku, tayangan video korporat KBMM, Taman Seribu Bunga dan Taman Botanikal Melaka. Sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung yang terdiri daripada dalam dan luar Melaka kerana ramai yang tidak tahu KBMM merupakan salah satu destinasi pelancongan dimana mereka boleh membaca, membeli buku sambil bersantai bersama keluarga.
Contributed by:-
Mohd Firdaus bin Yahya
Pembantu Tadbir
KAMPUNG BUKU MALAYSIA, MELAKA





PROGRAM JOM KE KAMPUNG BUKU 2013 – PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) SHAH ALAM
LAWATAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN KUALA TERENGGANU
PESTA BUKU ANTARABANGSA MELAKA 2012
Pesta Baba Nyonya
Bengkel IT!
BOOK TALK
Erra Fazira Art Club
Learning English the Fun Way