Anjung Karyawan Melaka (atau dikenali sebagai “Melaka Literature Corner”) dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 25 Julai 2010. Terletak di aras bawah Kampung Buku Malaysia Melaka, dan merupakan idea Ketua Menteri dengan tujuan berikut: -
- Mengumpul buku mengenai Negeri Melaka yang meliputi buku hasil karya anak jati Melaka;
- Sebagai rujukan dan pusat sumber di mana pengguna mempunyai pilihan untuk membaca atau membeli buku-buku tersebut;
- Menggalakkan budaya membaca khususnya di kalangan keluarga, anak-anak dan orang dewasa;
- Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai Negeri Melaka seperti sejarah, pembangunan, budaya dan lain-lain.
Sehingga kini, Kampung Buku Malaysia Melaka mempunyai koleksi lebih daripada 200 buah buku dan semakin berkembang. Ia merangkumi pelbagai jenis jurnal seperti feksyen, biografi, sejarah Melaka, panduan pelancongan, budaya dan lain-lain.
Kebanyakan buku ini disumbangkan oleh penerbit buku, agensi kerajaan dan para penulis dengan satu matlamat untuk berkongsi visi dan tujuan Anjung Karyawan Melaka.
Masyarakat dan pengunjung juga digalakkan untuk menyumbangkan buku-buku yang bersesuaian dan semua buku yang disumbangkan akan ditulis dengan nama penderma dan tarikh sumbangan. Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh menghubungi Encik Mohd Firdaus Yahya di talian +606-251 9181 / 012-712-4496 atau email di firdaus@phtj.gov.my . Anda juga boleh menghubungi Ketua Eksekutif Perbadanan Hang Tuah Jaya di linda@phtj.gov.my .
Katalog online disediakan sebagai rujukan (klik sini). Katalog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila hubungi kami untuk pertanyaan lebih lanjut.




PROGRAM JOM KE KAMPUNG BUKU 2013 – PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) SHAH ALAM
LAWATAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN KUALA TERENGGANU
PESTA BUKU ANTARABANGSA MELAKA 2012
Pesta Baba Nyonya
Bengkel IT!
BOOK TALK
Erra Fazira Art Club
Learning English the Fun Way