SUDUT BOTANIKAL di KAMPUNG BUKU MALAYSIA MELAKA
sumbangan
Puan Linda Phua Sue Lin,Ketua Pegawai Eksekutif
Sekiranya anda berminat membaca buku-buku berkenaan botani, hortikultur, tumbuhan, pokok dan bunga, datanglah ke SUDUT BOTANIKAL di Kampung Buku Malaysia Melaka. Sudut ini baru dilancarkan pada 30hb Disember 2010 dan ditempatkan di Tingkat Bawah, bersebelahan dengan Anjung Karyawan Melaka. Koleksi ini baru dimulakan dan idea untuk mengumpul buku-buku seperti ini dicetuskan oleh Y.B. Dato Seri Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia, semasa beliau melawat Kampung Buku beberapa minggu yang lalu. Kami mempunyai harapan koleksi ini akan terus berkembang dalam masa yang akan datang dan akan menjadi detik permulaan untuk sebuah Perpustakaan Botanikal di Taman Botanikal Melaka.
Sumbangan buku kepada Sudut Botanikal ini amatlah dialu-alukan dan kami berharap ada orang yang murah hati dapat menolong menambahkan jumlah buku. Semua sumbangan buku akan dilengkapi dengan nama penyumbang dan tarikh sumbangan. Untuk pertanyaan atau matlumat yang lebih lanjut, sila hubungi Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Linda Phua, melalui emel linda@phtj.gov.my atau di talian 06-232 3308.
Penyumbang yang pertama adalah Y.Bhg. Dr. Francis Ng, Konsultan Botani kepada Kementerian Pelancongan Malaysia. Beliau telah menyumbangkan 4 buah buku dan salah satu diantaranya adalah buku yang ditulis oleh beliau sendiri bertajuk Tropical Horticulture and Gardening. Dr. Ng adalah ahli botani yang amat terkenal di Malaysia dan juga diseluruh dunia dan telah menyumbang banyak dalam bidang botani semasa beliau berkhidmat di FRIM. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Ng dan berharap ada ramai orang lagi yang akan mencontohi beliau.
Sudut Botanikal kini mempunyai buku-buku dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang ditulis oleh penulis tempatan dan luar negara. Senarai buku yang mengandungi maklumat seperti tajuk, penulis, penerbit dan nombor ISBN boleh didapati di lawan web kami (Klik Sini). Senarai ini akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Buku-buku yang terdapat di Sudut Botanikal adalah sesuai untuk golongan pelajar botani dan hortikultur, peminat bunga dan taman, ahli akademik dan ahli penyelidik. Kunjungilah Kampung Buku Malaysia Melaka hari ini untuk membaca sambil bersantai.
Selamat Membaca!



PROGRAM JOM KE KAMPUNG BUKU 2013 – PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) SHAH ALAM
LAWATAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN KUALA TERENGGANU
PESTA BUKU ANTARABANGSA MELAKA 2012
Pesta Baba Nyonya
Bengkel IT!
BOOK TALK
Erra Fazira Art Club
Learning English the Fun Way