Yusoff Rono Wira Bukit Kepong

Tajuk Yusoff Rono Wira Bukit Kepong
Pengarang Muhammad Zaidee Daut
ISBN 9832600251
Tahun 2005
Harga RM 30.00
Bil. Halaman 114 m.s
Sinopsis Peristiwa Bukit Kepong di Muar, Johor merupakan satu peristiwa menyayat hati yang berlaku ketika negara dilanda Darurat. Dalam serangan pada awal subuh, 23 Februari 1950 itu, segerombolan komunis telah menyerang balai dan berek polis Bukit Kepong yang mengakibatkan seramai 25 orang telah terbunuh dan lima orang tercedera termasuk orang awam. Antara anggota polis yang terselamat dalam serangan pengganas komunis itu ialah MM/L Abu Bakar Daud, MM/T Ahmad Khalid, MM Othman Yusoff dan MM Yusoff Rono.Yusoff Rono merupakan satu-satunya anggota polis yang menjadikan Negeri Melaka sebagai tempat terakhir hidupnya. Oleh itu, pengabdian penulisan tentang beliau adalah sebagai satu tanda terima kasih generasi hari ini kepada penglibatannya dalam mempertahankan maruah dan menegakkan kedaulatan negara daripada dikuasai oleh kuasa asing seperti PKM.

Share
This entry was posted in Buku and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>